MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA 2017/2018 Friday, 09 February 2018 01:11 Makluman kepada pelajar program Bacelor, PPG dan DPM PJJ, keputusan rasmi peperiksaan akhir Semester Pertama 2017/2018 akan diumumkan pada 12 Februari 2018, Isnin (jam 2.00 petang). Notis Keputusan Peperiksaan Semester Pertama 2017/2018.Mohon tuan/puan menjelaskan yuran pengajian tertunggak untuk membolehkan tuan/puan melihat keputusan peperiksaan tersebut. Last Updated on Monday, 12 February 2018 06:20 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SEMESTER KEDUA 2017/2018 Wednesday, 07 February 2018 02:09 Maklumat Pendaftaran Pelajar Baharu Program PJJ, UPM Semester Kedua 2017/2018 Tarikh: 23 Februari 2018 (Jumaat) Tempat: Dewan Banquet UPM Masa: 9.00 pagi Senarai Pelajar Yang Berjaya (Akan Dikemaskini) Tentatif Program Kadar & Kaedah Pembayaran Yuran Taklimat Perpustakaan Senarai semak dokumen yang perlu dibawa pada hari pendaftaran: 1. Kad Pengenalan 2. Sijil Asal SPM/STPM/DIPLOMA 3.
Transkrip Penuh STPM/DIPLOMA 4. Gambar berukuran pasport 1 keping.
Senarai Nama Pelajar Semenanjung ( ). Senarai Nama Pelajar Sabah & Sarawak ( ) Last Updated on Wednesday, 03 January 2018 05:26 MAKLUMAN PENGHANTARAN TUGASAN Tuesday, 19 December 2017 06:47 Penghantaran tugasan bagi Semester Pertama sesi 2017/2018 ke pejabat UPM Education & Training, adalah sehingga jam 1.00 petang, pada 20 Disember 2017 (Rabu) sahaja. Harap maklum. Last Updated on Tuesday, 19 December 2017 06:49 SENARAI NAMA PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR (GANTIAN) SEMESTER PERTAMA 2017/2018 Tuesday, 19 December 2017 00:36. SYARAT PERMOHONAN PEPERIKSAAN GANTIAN ( ). SENARAI NAMA ( ). JADUAL PEPERIKSAAN ( ).
SURAT CUTI TANPA REKOD ( ) TARIKH PEPERIKSAAN: 26 & 27 DISEMBER 2017 (SELASA & RABU) PERUBAHAN TEMPAT: BKP 006, FOOD 5 FAKULTI SAINS TEKNOLOGI MAKANAN, UPM Tarikh akhir permohonan adalah pada 20 Disember 2017. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses. Last Updated on Tuesday, 26 December 2017 00:24.
ABSTRACT Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat sebagai alternatif yang baik di dalam memenuhi keperluan pendidikan hari ini. Kaedah pendidikan ini berupaya menawarkan peluang pembelajaran yang fleksibel di samping berupaya merealisasikan konsep pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Ahli-ahli akademik terutamanya di IPTA merupakan kakitangan terawal yang terdedah kepada kaedah pendidikan ini. Seperti pembaharuan-pembaharuan yang baru diperkenalkan, pelbagai reaksi mengenai PJJ dalam talian diterima. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui persepsi pensyarah di Universiti Teknologi MARA mengenai PJJ dalam talian.
Ini penting kerana salah satu faktor yang membawa kejayaan sesuatu pengimplementasian PJJ dalam talian di dalam sesebuah institusi bergantung kepada tenaga pengajarnya. Sampel kajian terdiri daripada pensyarah-pensyarah Fakulti Sains, UiTM.
Penemuan kajian mendapati tahap kefahaman pensyarah mengenai ciri-ciri PJJ dalam talian adalah tinggi walaupun pengetahuan mengenai teknologinya adalah rendah. Penerimaan pensyarah terhadap PJJ dalam talian didapati positif walaupun terdapat sedikit keraguan terhadap kesesuaian dan keberkesanannya. Implikasi kajian ini kepada pihak pentadbiran dan tenaga pengajar turut dibincangkan.Beberapa cadangan untuk kajian akan datang turut dikemukakan. Kata kunci: PJJ dalam talian. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), persepsi pensyarah PENDAHULUAN Proses pendidikan melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian merupakan satu pendekatan baru dari segi pembelajaran dan pengajaran. Ia merupakan suatu pendekatan pendidikan yang bersifat inovatif yang berupaya untuk menangani cabaran serta peluang di alaf baru ini.
Kelebihan yang ditawarkan oleh PJJ dalam talian ini dikatakan dapat menggalakkan penjanaan dan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat global. Menurut Dixon (1996), hampir 75 peratus daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Amerika Syarikat menawarkan sekurang-kurangnya satu program PJJ dalam talian. Di samping itu, terdapat pengusaha persendirian dan konsortium yang membina serta menawarkan pelbagai kursus secara dalam talian. Persaingan ini menurut Ludlow (1994), mempunyai kesan positif kerana ia menurunkan kos PJJ dalam talian dan mempelbagaikan kursus yang ditawarkan.
PJJ dalam talian juga menyediakan banyak pilihan dan peluang kepada pelajar untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka. MSTC 2001: Symposium C – Information and Communication Technology 8 – 10 November 2001, USM Pulau Pinang Pada hari ini, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan ke atas kehidupan manusia termasuklah di dalam bidang pendidikan. Di Malaysia, gagasan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan pemangkin kepada sistem pendidikan negara untuk mengimplementasikan pendidikan maya. Program PJJ dalam talian yang dilaksanakan oleh beberapa buah IPT tempatan merupakan sebahagian daripada tahap awal pendidikan maya di negara ini. Di samping itu, James (1996), menyatakan kebanyakan kursus jarak jauh dalam talian pada masa ini dikuasai oleh negara Barat. Penulis berpendapat situasi ini menjadikan penguasaan bahasa salah satu cabaran utama dalam perlumbaan untuk membudayakan masyarakat sejagat yang berilmu.
Justeru itu, pengetahuan, kefahaman dan pandangan kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia mengenai cabaran ini perlu untuk memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam perlumbaan merebut ilmu dan kepakaran di samping peka terhadap perbezaan bahasa, budaya, sosial dan politik tempatan. PENDIDIKAN JARAK JAUH DALAM TALIAN PJJ dalam talian merupakan suatu pendekatan baru dalam pembelajaran dan pengajaran. Melalui pendekatan ini, pelajar bebas menentukan masa, tempat dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan gaya hidup dan kehendak mereka. Ini berbeza dengan sistem pembelajaran konvensional yang memerlukan pelajar mengikuti sesuatu jadual.
PJJ dalam talian juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dengan menggabungkan pelbagai kaedah pembelajaran termasuk nota kursus, bahan rujukan tambahan, sokongan pensyarah dan tutor, interaksi di antara pelajar serta perbincangan secara umum, berkumpulan atau peribadi melalui komputer dan telesidang. Stubbs dan Burnham (1990: 27) mendefinisikan PJJ dalam talian sebagai: Any learning situation where methods and techniques enabled by electronic devices combine with instructors and learners who are physically separated and who use methods and techniques enabled by electronic devices to transmit instructional messages over the distance between them is an electronic distance education system. Matlamat PJJ dalam talian ialah menghasilkan pelajar yang celik IT dan dapat memanfaatkan pengetahuan tersebut di dalam pembelajaran dan kehidupan. Pelajar berupaya untuk menangani cabaran serta peluang pada hari ini yang banyak menjurus ke arah penggunaan IT. Di samping itu, pengimplementasian PJJ dalam talian ini juga meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi pendidikan yang bersesuaian. Di antara kemudahan yang disediakan oleh PJJ dalam talian ialah bahan-bahan pembelajaran yang boleh dicapai melalui paparan Internet pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat yang mempunyai akses Internet. Bahan-bahan pembelajaran ini merangkumi tugasan, latihan, risalah, panduan pembelajaran, glosari dan rujukan ke laman Web yang berkaitan.
Bantuan pembelajaran juga disediakan melalui telefon dan faks. Pelajar juga berinteraksi dengan pensyarah, tutor dan pelajar lain secara dalam talian. Justeru itu, segala maklumbalas mengenai tugasan, penerimaan dan penghantaran tugasan, persidangan dan perbincangan dilakukan secara dalam talian di antara pensyarah dan pelajar.
PERNYATAAN MASALAH KAJIAN PJJ dalam talian membawa pembaharuan dalam arena pendidikan. Pembaharuan yang diperkenalkan menarik perhatian banyak pihak untuk melaksanakan PJJ dalam talian.
Namun begitu, isu penting yang perlu disedari oleh semua pihak ialah pertama, PJJ dalam talian adalah berbeza dari PJJ konvensional dan kedua, keadaan sosial dan interaksi di antara pihak yang terlibat juga berbeza daripada persekitaran konvensional. Salah satu elemen penting dalam perubahan tersebut ialah tenaga pengajar. Rowe (1985:2) menyatakan bahawa “Every educational system must deal with three fundamental elements: the people, the methods, the plans. At the very top of this list, I have placed the teachers, because they are the key to all methods of education”. Perubahan pengendalian PJJ pada hari ini disebabkan penggunaan teknologi maklumat.
PJJ dalam talian melibatkan kepakaran penggunaan teknologi maklumat. Dalam hal ini, pentadbiran universiti perlu memberi perhatian sama ada tenaga pengajar PJJ bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Apakah sikap dan tanggapan para pensyarah, bagaimanakah mereka menangani perubahan tersebut, adakah pembaharuan dalam pendekatan PJJ ini diterima oleh para pensyarah, adakah pensyarah bersedia untuk melaksanakan perubahan tersebut dan adakah mereka faham faedah yang dibawa oleh teknologi maklumat di dalam pengendalian PJJ menjadi isu yang perlu diberi perhatian.
Justeru, pihak pentadbiran universiti perlu mengambil berat mengenai persepsi pensyarah terhadap sesuatu pembaharuan yang berlaku dalam persekitaran pendidikan sebelum melaksanakannya. TUJUAN PENYELIDIKAN Kajian ini ingin melihat persepsi pensyarah mengenai PJJ dalam talian dan tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah. Dalam kajian ini, persepsi merujuk kepada pandangan atau gambaran di dalam hati atau fikiran responden terhadap PJJ dalam talian dan tahap penggunaan teknologi maklumat mereka. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah seperti berikut: (i) Untuk mengetahui kefahaman pensyarah mengenai PJJ dalam talian. Menurut Kamus Dewan (1994), kefahaman didefinisikan sebagai “.
Keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akibat sesuatu yang dipelajari (dibaca dan sebagainya)”. Dalam kajian ini, kefahaman dimaksudkan sebagai sejauhmana pensyarah mempunyai pengetahuan mengenai PJJ dalam talian melalui pembacaan dan perbincangan. Tujuan pertama kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada pensyarah memahami PJJ dalam talian dengan menyelidiki pengetahuan pensyarah mengenai ciri-ciri PJJ dalam talian, perbezaannya dengan PJJ konvensional dan tahap pengetahuan mereka mengenai teknologi PJJ dalam talian.
Ini bersesuaian dengan kajian Black (1992) yang mendapati bahawa pengetahuan pensyarah yang tinggi mengenai PJJ mempengaruhi secara positif sikap mereka terhadap PJJ. (ii) Untuk mengetahui penerimaan pensyarah terhadap PJJ dalam talian.
Penerimaan adalah “ sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan” (Kamus Dewan 1994). Oleh itu untuk memenuhi tujuan kedua kajian ini, sikap dan tanggapan pensyarah terhadap PJJ dalam talian dikaji. Ini merangkumi sikap dan tanggapan mereka mengenai keperluan pembelajaran, pendekatan pembelajaran serta kesediaan, minat dan keyakinan mereka terhadap kaedah PJJ dalam talian. (iii) Untuk mengetahui tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah. Penggunaan didefinisikan sebagai “perihal (perbuatan, kegiatan dan lain-lain) menggunakan sesuatu”(Kamus Dewan 1994). Untuk memenuhi tujuan ketiga kajian ini, penulis mengkaji kekerapan penggunaan perisian dan tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah.
Ini perlu untuk melihat hubungan di antara tahap penggunaan teknologi maklumat dengan persepsi pensyarah terhadap PJJ dalam talian. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh Heath (1996) mendapati pengetahuan dan penggunaan teknologi pengajaran yang tinggi ada hubungan dengan sikap positif terhadap PJJ. Di samping itu, penulis juga ingin melihat adakah umur, tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan pemilikan komputer mempengaruhi tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah.
SASARAN KAJIAN Kajian ini dilakukan ke atas IPTA di Malaysia yang melaksanakan PJJ dalam talian. Penulis memilih Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai lokasi kajian dan pensyarah sebagai subjek kajian ini.
Ini disebabkan belum ada kajian yang dilakukan untuk mengkaji persepsi pensyarah UiTM terhadap PJJ dalam talian. Tambahan pula, dari kajian yang dilakukan oleh Phipps dan Merisotis (1999) ke atas lebih 700 artikel mengenai PJJ di seluruh dunia didapati bahawa isu-isu berkaitan dengan tenaga pengajar adalah paling sedikit diselidiki berbanding dengan isu pentadbiran universiti. Populasi kajian ini ialah pensyarah Fakulti Sains, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor. Keseluruhan pensyarah Fakulti Sains yang mengajar subjek Kimia, Fizik, Biologi, Matematik dan Sains Media ialah seramai 100 orang. Memandangkan belum ada lagi kursus PJJ dalam talian ditawarkan oleh Fakulti Sains, penulis berpendapat pensyarah di fakulti ini sesuai dipilih sebagai populasi kajian. Ini untuk memberikan gambaran ke atas tahap kefahaman, pengetahuan dan kesediaan pensyarah yang belum terlibat dengan PJJ dalam talian. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan soal selidik dan kaedah persampelan rawak berlapis.
Data yang dikumpul dalam kajian ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Data-data yang diperolehi di dalam bentuk nominal dan ordinal dianalisis secara kuantitatif menggunakan ujian bukan parametrik.
Ujian yang dilakukan ialah Ujian Khi Kuasa Dua dan Ujian Korelasi Spearman. Di samping itu, kaedah peratusan juga digunakan untuk menganalisis data. Data-data yang diperolehi dari jawapan tidak berstruktur yang berkaitan dengan pendapat dan cadangan pula dianalisis secara kualitatif. Penulis menggunakan perisian SPSS untuk tujuan penganalisisan data. DAPATAN KAJIAN Perbincangan kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif kajian iaitu untuk mengetahui tahap kefahaman pensyarah terhadap PJJ dalam talian. Kajian mendapati majoriti responden (90 peratus) mengetahui UiTM melaksanakan PJJ dalam talian.
Sumber maklumat pengetahuan mengenai PJJ dalam talian yang popular ialah rakan. Ia mengatasi sumber-sumber lain seperti bahan bercetak, elektronik, seminar atau bengkel. Walaupun UiTM telah melaksanakan PJJ dalam talian selama 2 tahun tetapi hanya 69 peratus responden mengetahui PJJ boleh diikuti secara dalam talian. Ini tidak menghairankan kerana sumber pengetahuan responden mengenai PJJ dalam talian adalah rakan. Oleh itu maklumat yang diperolehi adalah tidak terperinci.
Ini diperkukuhkan lagi apabila hanya 62 peratus responden mengetahui perbezaan di antara PJJ konvensional dengan PJJ dalam talian. Hanya 3 peratus responden pernah mengikuti latihan secara rasmi mengenai PJJ.
Pengetahuan mengenai PJJ dalam talian di kalangan pensyarah di Fakulti Sains UiTM adalah di dalam peringkat kesedaran iaitu mengetahui mengenai PJJ dalam talian tetapi mereka tidak mengetahui bagaimana dan kenapa ia dilaksanakan. Pihak pentadbiran universiti perlu mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan pengetahuan pensyarah mengenai kaedah tersebut. Ini penting untuk memastikan kerjasama dan penglibatan yang baik di dalam pengimplementasian program berkenaan. Hall dan Loukes (1979) menyatakan kesedaran pensyarah berkaitrapat dengan penglibatan mereka di dalam PJJ. Kajian mendapati tahap pengetahuan responden mengenai teknologi PJJ dalam talian adalah rendah. Ini menggambarkan pensyarah memerlukan maklumat daripada pelbagai sumber seperti bahan bercetak, elektronik dan bengkel.
Oleh yang demikian kursus dan latihan amali perlu dipertingkatkan. Ini kerana menurut Hall dan Loukes (1979) sebelum pensyarah membuat keputusan menggunakan teknologi yang diperkenalkan, mereka perlu mengetahui faedah dan kualiti teknologi tersebut. Pendedahan yang mereka perolehi membolehkan mereka menjadi positif terhadap penggunaan teknologi tersebut (Kirby & Garrison 1989). Analisis kajian juga mendapati kefahaman pensyarah mengenai ciri-ciri PJJ dalam talian adalah tinggi walaupun pengetahuan mereka mengenai PJJ dalam talian adalah rendah. Bagaimanapun, penemuan ini memberi petanda baik ke arah pengimplementasian PJJ dalam talian di UiTM kerana kajian Clark (1993) mendapati pensyarah bersedia menggunakan PJJ sekiranya mereka mempunyai pengetahuan mengenainya. Pemahaman mengenai ciri-ciri PJJ dalam talian ini boleh menyumbang ke arah kesediaan pensyarah mengendalikan program berkenaan sebagaimana yang disarankan oleh Black (1992). Objektif kedua kajian ini ialah untuk mengetahui sikap dan tanggapan responden mengenai PJJ dalam talian.
Kajian mendapati pensyarah bersedia dan berminat melaksanakan PJJ dalam talian. Penemuan ini selaras dengan penemuan De Vries, Helford & Rugg (1998) yang menunjukkan terdapat keinginan yang kuat daripada pensyarah untuk menerima latihan yang bersesuaian di dalam melaksanakan PJJ dalam talian. Kajian juga mendapati pensyarah yakin dengan keupayaan kaedah pengajaran PJJ dalam talian.
Bagaimanapun, kajian mendapati walaupun pensyarah bersikap positif terhadap kaedah PJJ dalam talian tetapi keberkesanan pengajaran kaedah tersebut dipertikaikan berbanding dengan pengajaran konvensional. Kajian penulis mendapati di antara keraguan tersebut disebabkan oleh: i. Tidak semua kursus sesuai menggunakan kaedah PJJ dalam talian ii. Kaedah pengajaran tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada PJJ dalam talian iii. Ketiadaan pengajaran secara bersemuka iv. Ketidakpercayaan mereka kepada sistem dalam talian v.
Ketidakfahaman mereka terhadap operasi PJJ dalam talian vi. Tahap kawalan pengajar yang minimum ke atas pelajar Faktor di atas turut dikenalpasti oleh Cummings (1995).
Ketiadaan pengajaran secara bersemuka dan kekurangan pengetahuan mengendalikan pelajar yang tidak hadir secara fizikal bersama pengajar menjadi penghalang untuk fakulti melaksanakan PJJ. Kajian penulis menyarankan beberapa langkah untuk melaksanakan PJJ dalam talian iaitu:. Mengekalkan interaksi secara langsung di antara pengajar dan pelajar sebagaimana yang diutarakan oleh Taylor dan White (1991), Shireen et. Al (2000) dan Rockwell et. Menggalakkan penyediaan bahan pengajaran dalam talian di kalangan pensyarah. Memastikan adanya kawalan keselamatan di dalam penghantaran dan penerimaan bahan pengajaran.
Kemudahan komputer yang dilengkapi dengan Internet. Internet membolehkan pelajar mencapai maklumat dengan mudah dan cepat. Penyediaan isi kandungan dan pendekatan bahan pengajaran yang interaktif dan mudah difahami. Langkah di atas adalah tambahan kepada apa yang disarankan oleh Gilcher dan Johnstone (1988) iaitu latihan menggunakan teknologi secara berkesan dan menyediakan panduan strategi pengajaran, perancangan dan pengurusan organisasi adalah penting dalam melaksanakan PJJ dalam talian. Objektif ketiga kajian ini ialah untuk mengetahui tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah. Ini bertujuan mengetahui sama ada terdapat kaitan di antara umur, tahap pendidikan dan tempoh berkhidmat dengan tahap penggunaan teknologi maklumat. Kajian mendapati tidak ada kaitan di antara umur, tahap pendidikan dan tempoh berkhidmat dengan tahap penggunaan teknologi maklumat.
Kajian juga cuba melihat hubungan di antara penggunaan teknologi maklumat dengan pemilikan komputer. Keputusan mendapati tidak terdapat hubungan di antara pemilikan komputer dengan tahap penggunaan teknologi maklumat. Ini menunjukkan pemilikan komputer tidak mempengaruhi tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah. Penulis berpendapat terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi tahap penggunaan teknologi maklumat seperti yang disarankan oleh Loyd dan Gressard (1986) dan Dupagne dan Krendl (1992).
Mereka mendakwa sikap positif terhadap komputer mempunyai hubungan yang positif dengan tahap penggunaannya. Justeru, penulis turut berpendapat sikap positif, pengetahuan dan pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi tahap penggunaan teknologi maklumat. Oleh yang demikian, tahap penggunaan teknologi maklumat tidak dipengaruhi oleh faktor pemilikan komputer.
Penulis menyarankan agar kajian dilakukan untuk mengkaji faktor-faktor tersebut. Kajian juga mendapati 63 peratus responden melaporkan tahap penggunaan teknologi maklumat mereka adalah tinggi. Ini bererti responden yakin dan selesa menggunakan teknologi maklumat. Mereka berupaya menggunakan pelbagai aplikasi. Penemuan ini berbeza dari Adnan dan Kamaliah (2000).
Kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara tahap pengetahuan pensyarah mengenai PJJ dalam talian dengan tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah. Penemuan ini selaras dengan kajian Heath (1996) yang mendapati adanya hubungan yang kuat di antara pengetahuan dan penggunaan teknologi. Kajian juga mendapati pemprosesan perkataan adalah perisian yang popular manakala pangkalan data merupakan perisian yang kurang popular digunakan oleh responden.
Pola penggunaan ini menunjukkan majoriti responden tidak mendapat pendidikan IT. Ini selaras dengan penemuan Berenson dan Stiff (1989) yang mendapati pemprosesan perkataan merupakan perisian yang banyak digunakan oleh pengajar. Dari analisis data didapati adanya hubungan di antara tahap pengetahuan pensyarah mengenai teknologi PJJ dalam talian dengan kesediaan pensyarah menggunakan kaedah tersebut. Ini menyamai kajian Clark (1993) yang menyatakan pensyarah bersedia menggunakan PJJ sekiranya mereka mempunyai pengetahuan mengenainya. Penemuan ini juga selaras dengan penemuan Heath (1996), Betts (1998), Rockwell et.al (1998) dan Lillard (1985) yang mendapati adanya hubungan di antara sikap positif terhadap PJJ dengan tahap pengetahuan mengenai PJJ.
Kajian turut mendapati adanya hubungan di antara tahap penggunaan teknologi maklumat dengan kesediaan pensyarah menggunakan kaedah PJJ dalam talian. Ini selaras dengan penemuan Loyd dan Gressard (1986) yang mendapati sikap positif terhadap sesuatu teknologi komputer mempunyai hubungan positif dengan pengalaman menggunakannya. Mereka melaporkan penggunaan teknologi yang kerap mengurangi kebimbangan dan keraguan dan pada masa yang sama keyakinan menggunakannya bertambah. Summers (1990) menyatakan salah satu sebab pengajar bersikap negatif terhadap teknologi adalah disebabkan kurang pengetahuan dan pengalaman menggunakannya. Keyakinan pengajar menggunakan teknologi dipengaruhi oleh penggunaan teknologi tersebut.
Woodrow (1992) merumuskan sikap positif pengajar terhadap teknologi komputer dikenalpasti membantu penggunaan teknologi maklumat di dalam pengajaran secara berkesan. Berdasarkan perbincangan di atas, penulis merumuskan sikap positif terhadap kaedah PJJ dalam talian mempunyai hubungan dengan tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah. IMPLIKASI KAJIAN Kajian ini memberi beberapa implikasi kepada beberapa pihak khususnya pihak pentadbiran. Implikasi tersebut ialah: i. Mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk meningkatkan tahap pengetahuan pensyarah mengenai teknologi PJJ dalam talian. Pensyarah memerlukan maklumat yang tepat dan latihan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka berasa yakin melibatkan diri dalam pengendalian PJJ.
Mereka perlu faham cara-cara dan tujuan PJJ dalam talian dilaksanakan. Mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pensyarah melibatkan diri dengan PJJ dalam talian. Persekitaran ini boleh dibina dengan mengenalpasti faktor-faktor yang memberi motivasi dan faktor yang menghalang penglibatan ahli fakulti dalam melaksanakan PJJ dalam talian. Meningkatkan dan memperbaiki sistem sokongan pentadbiran dan teknikal. Sistem sokongan yang lemah menjejaskan pengimplementasian PJJ dalam talian seperti yang dilaporkan oleh Betts (1998) dan Clark (1993).
Pensyarah juga perlu dibantu untuk menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan mengenalpasti jenis pendidikan. Meningkatkan latihan dan pendedahan mengenai PJJ dalam talian. Beberapa kajian mendapati kejayaan atau kegagalan pendidikan bergantung kepada tahap kemahiran dan komitmen tenaga pengajarnya (Moore & Thompson 1990). Jenis latihan yang diperlukan oleh pensyarah perlu berasaskan model PJJ yang terlibat dan teknologi yang digunakan.
Mengkaji dan menilai peralatan komunikasi dan aplikasi yang sesuai dan berkesan sebagai media penyampaian untuk PJJ dalam talian. Menyediakan kaedah yang bersesuaian untuk menilai prestasi pensyarah yang terlibat dengan pengajaran menggunakan kaedah PJJ dalam talian. Beban kerja pensyarah ini adalah berbeza daripada beban kerja pensyarah lain. Mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk penyediaan dan penyampaian kursus. Menggalakkan kajian dilakukan ke atas PJJ dalam talian. UiTM masih belum mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai ciri-ciri pelajar, objektif pembelajaran, kemahiran pengajar dan pelajar, program latihan yang berkesan dan rekabentuk berarahan yang sesuai untuk PJJ dalam talian. Irving (1995) di dalam kajiannya mendapati penggalakkan penyelidikan ke atas kaedah pengajaran dalam talian ini diperlukan untuk membantu kejayaan peralihan daripada sistem tradisional dan kaedah pengajaran semasa kepada sistem yang dapat menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di dalam masyarakat bermaklumat.
Pensyarah di Fakulti Sains UiTM perlu memperluaskan pengetahuan mengenai teknologi pengajaran dalam talian agar tidak ketinggalan di dalam arus peralihan pendidikan hari ini yang menuju kepada pendidikan elektronik ix. Menyediakan garis panduan mengenai cara pengendalian seminar PJJ dalam talian yang berkesan untuk mengekalkan perjumpaan bersemuka di antara pengajar dan pelajar (Nor Hapiza dan Razidah 2001). Ini kerana majoriti daripada responden mahukan interaksi bersemuka ini dikekalkan. CADANGAN UNTUK KAJIAN PADA MASA HADAPAN Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan disarankan seperti berikut: i. Memandangkan populasi kajian ini hanya terhad kepada pensyarah Fakulti Sains UiTM sahaja, penulis mencadangkan kajian mengenai PJJ dalam talian ini diperluaskan lagi kepada populasi yang lebih besar seperti keseluruhan pensyarah UiTM. Oleh itu, data yang diperolehi dapat memberikan gambaran keseluruhan persepsi pensyarah UiTM terhadap kaedah PJJ dalam talian. Kajian terhadap PJJ dalam talian ini diperluaskan kepada pelajar.
Pengkaji mencadangkan satu kajian mengenai ciri-ciri seperti umur, latarbelakang, pengalaman lepas, minat dan tahap pendidikan serta objektif pembelajaran pelajar dilakukan. Maklumat seperti ini membantu pihak pentadbiran UiTM mengenalpasti keperluan pelajar yang terlibat dan akan terlibat di dalam PJJ dalam talian. Dengan ini, UiTM dapat memenuhi kehendak semasa pelajar sekaligus menarik lebih ramai pelajar untuk mengikuti kaedah PJJ dalam talian. Kajian untuk mengenalpasti jenis pendidikan, latihan, tunjuk ajar dan sokongan untuk melaksanakan PJJ dalam talian perlu dilakukan.
Adalah dicadangkan responden diperluaskan kepada semua pensyarah tanpa mengira sama ada terlibat atau tidak dengan PJJ dalam talian. Dengan ini, perbezaan keperluan di antara pensyarah yang tidak terlibat dengan yang terlibat di dalam PJJ dalam talian dapat dikenalpasti. Faktor yang memberi motivasi dan yang menghalang mereka daripada melibatkan diri di dalam PJJ dalam talian turut dapat dikenalpasti. Kajian lanjut mengenai impak teknologi PJJ dalam talian ke atas gaya pembelajaran dan pengajaran pengajar dan pelajar dan bagaimana teknologi tersebut mempengaruhi pembelajaran dicadangkan untuk dikaji.
Faktor-faktor lain selain daripada umur, tahap pendidikan, tempoh berkhidmat dan pemilikan komputer juga perlu dikaji untuk mengenalpasti faktor apakah yang menyumbang kepada celik IT di kalangan pensyarah. Mohd Nassir Lanjong, Pensyarah UiTM, dalam ceramahnya mengatakan: “ negara ini dijangkakan memerlukan antara 16 hingga 20 universiti atau Institusi Pengajian Tinggi jika ia ingin maju di bidang perindustrian menjelang 2020”(Berita Harian, 1991). Kenyataan ini menunjukkan bahawa IPT di Malaysia perlu diperkembangkan lagi untuk menampung lebih ramai pelajar dan menawarkan peluang pembelajaran yang lebih luas. Kehadiran lebuhraya maklumat dan Internet membawa perubahan kepada kaedah pengajaran konvensional. Ia memperkenalkan konsep pembelajaran tanpa mengira masa dan tempat. Kaedah PJJ dalam talian dilihat sebagai suatu peluang merealisasikan konsep ini.
Justeru, asas pengetahuan pengajar dan pihak pentadbiran yang kukuh adalah penting di dalam menjana halatuju kaedah pengajaran PJJ dalam talian ini. Ini dapat membantu masyarakat menghadapi persaingan di dalam pekerjaan dan kehidupan di dalam arus perdana globalisasi. RUJUKAN Adnan Hussein & Kamaliah Hj. Penggunaan Teknologi Komunikasi di kalangan Ahli Akademik di Malaysia: Masalah, Cabaran dan Potensi. (atas talian) (7 November 2000). Technological tools for instruction and faculty readiness for change. Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching.
Program Pendidikan Jarak Jauh Di Ukm
An Institutional Overview: Factors Influencing Faculty Participation in Distance Education in Postsecondary Education in the United States: An Institutional Study.(atas talian). (5 Julai 2000). Faculty Support for University Distance Education. Journal of Distance Education 7(2): 5 – 29.
Attitudes of Higher Education Faculty towards Distance Education: A National Survey. The American Journal of Distance Education.7 (2): 19-33 Cummings, L. Educational Technology: A Faculty Resistance View. Educational Technology Review. DeVries, J., Helford, P.
Distance Education: From National to International: Three Case Studies.: 10th World Conference on Educational Multimedia and Hypermedia & World Conference on Educational Telecommunications. Freiburg, Germany, 21-23 Ogos. Virtual College: A guide to how you can get the degree you want with computer, TV, video, audio and other distance learning tools. Princeton, N.J: Peterson’s. Teachers' attitudes toward computers: A review of the literature.
Journal of Research on Computing in Education. 24(3): 420-429. Gilcher, K., & Johnstone, S. A Critical Review of the Use of Audiographic Conferencing Systems by Selected Educational Institutions. College Park, MD: International Universities Consortium, University of Maryland. Implementing innovations in schools: A concerns based approach. Austin TX: Research and Development Center for Teacher Education, University of Texas.
Faculty Attitudes Towards Distance Education and Use of Instructional Technology. (atas talian) (13 Julai 2000). A Study of Computer-Modem Students.
A Call for Action. American Research Association. Distance Learning.
(atas talian) (3 Feb 2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. & Garrison, D. Graduate distance education. A study of the aims and delivery systems.
1000 Chinese Characters 3 b- g to compare; compared with; to compete 38 b- pen (general term for writing instruments); sum (of money) 9. All chinese characters pdf. 2000 of the Most Common Characters in Mandarin Chinese. Complained about all the work it took to learn them. Ri Harbaugh’s “Chinese Characters: A. List of all the chinese characters of 'Learn and Understand chinese characters' courses, arranged in alphabetically order using pinyin. The most common Chinese characters in order of frequency. • All characters are presented in falling statistical order with the most commonly used characters. MANDARIN CHINESE VOCABULARY AND CHINESE CHARACTERS FOR USE WITH COMMON ENTRANCE SYLLABUS. There is no fixed list of core characters.
Proceedings from the Eight Annual Conference of the Canadian Association for the study of Adult Education. Cornwall, Ontario: Stain Lawrence College of Saint-Laurent. A Survey Of Warren County Teachers Concerning The Instructional Use Of Microcomputers.
ERIC Document Reproduction Service. H., & Gressard, C. Gender and amount of computer experience of teachers in staff development programs: Effects on computer attitudes and perceptions of the usefulness of computers. AEDS Journal. A Comparison of traditional and distance education models. Proceedings of the Annual National Conference of the American Council on Rural Special Education. G., & Thompson, M.
Pusat Pendidikan Jarak Jauh Ukm
Effects of Distance Learning: A Summary of Literature. (atas talian) (3 April 2000). Nor Hapiza Mohd Ariffin & Razidah Ismail. Pengajaran dan Pembelajaran melalui WWW: dari perspektif pelajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Sosio-Ekonomi & IT, 2 – 4 November 2001, Universiti Utara Malaysia. Dan Merisotis, J.
What’s the Difference?A Review of Contemporary Research on the Effectiveness of Distance Education in Higher Education. (atas talian) (2 Mei 2000). Rockwell,S.K., Schauer, J., Fritz, S.M. Incentives and Obstacles Influencing Higher Education Faculty and Administrators to Teach Via Distance. (atas talian) Julai 2000). From a School System to a Learning System in Israel. Tel Aviv: The Open University Press.
Staff Attitudes to External Studies. Media in Education and Development. 19 (4): 176-183. Shireen, Haliza & Khairil. Teaching Via The World Wide Web: Needs and Concerns of Instructors.
(atas talian) (1 Oktober 2000). An Instrument for Evaluating the Potential Effectiveness of Electronic Distance Education Systems. The American Journal of Distance Education. New student teachers and computers: An investigation of experiences and feelings.
Educational Review. 42(3): 261-271. Taylor, J & White, V.J. Faculty attitudes towards teaching in the distance education mode: An exploratory investigation. Research in Distance Education. The influence of programming training on the computer literacy and attitudes of preservice teachers. Journal of Research on Computing in Education.
25(2): 200-218.